Saturday, 13 August 2011

puasa oh puasa

Dah masuk hari ke-13 puasa, memang gua puasa penuh laa even ramai tak percaya gua puasa penuh, termasuk budak umah gua sendiri. Tapi takpe, biar gua sendiri jujur dengan diri gua. Sebab bagi gua, puasa nih apa laa sangat, gua boleh lagi tahan lapar, tapi satu je gua tak tahan, tak dapat main gym petang-petang, adoii.

Berpuasa kat kampung yang dikenali Sabak Bernam memang terbaik! Nak diceritakan, bazaar Ramadhan kat sini tak best langsung! Minggu lepas je straight gua berbuka makan roti john, bukan sebab saving keras, tapi sebab takde bende nak beli, tak menaikkan selera gua langsung even perut gua dah berbunyi dari pukul 10 pagi.

Lebih kurang macam ni lah, apa yang dijual lebih kurang sama, and then bazaar dia taknak kecik lak, padahal punya la ramai student yang datang beli kat situ. Tu yang gua makan roti john je tu. Nasib baik ada bazaar Ramadhan yang terbaik, kat Sungai Besa, tapi tu la.. Nak ke sana, sampai boleh tertido lagi dalam kereta, jaoh sangat!

Takpe lah, mungkin ni dugaan puasa untuk tahun ni, yang penting still dapat makan, kalau orang miskin, ntah apa je yang dorang buka, ntah-ntah ada yang tak buka pon. Puasa ni pon melatih diri untuk menyelami nasib orang miskin yang tak makan kan. Gua terima seadanya. (Macam poyo lak karangan gua ni, apa-apa lah!)
Chill!




2 comments:

  1. rilex lah, nama pon kampung.

    ReplyDelete
  2. bazar stadium gk trbaik..,,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...