Saturday 30 July 2011

berhabuk..

sebelum memulakan bicara, Assalamualaikum!

Perghh, terasa lama gila dah tak post kat blog gua ni, confirm dah berhabuk blog gua ni siap ada bunyi cengkerik lagi. Gua dah masuk minggu ketiga semester ni, mmg busy gila, takde masa nak online, kalau dapat pon kadang-kadang sampai tak dapat nak tengok notifications, fuhhh. Bayangkanlah macam mana punya busy tu.

Ramai dah cakap aku sombong, tapi korang pon kenal aku macam mana kan,  'ini ej laaa', mana pernah sombong, aiyaaaa.

Member gua sorang yang lebih dikenali sebagai Kulu ( bukan nama sebenar ), dia pernah sound gua dulu masa mula-mula gua post first blog, dia cakap lebih kurang macam ni lah bunyinya, ''alaaa, sekarang boleh laa lu blogging, nanti dah masuk belajar, berhabuk blog.'' 

Hahahahaha, memang betul la tekaan lu brade. Good job! Tapi gua try la pasni blogging + online balik sekerap mungkin, hahahaha.

Takpe, this week aku bawak laptop balik rumah sewa, boleh laa online selalu, yeah! Kepada yang rindu kat aku, chill! heh!

Thursday 7 July 2011

still single...

erm, still single... a years and counting...

tapi gua rasa kan, single lagi banyak kelebihan dari berpasangan ni.
kalau korang, gua tak tau lah kan....
kalau single boleh save duit, boleh pegi mana-mana (tu pon kalau parents korang sporting lah kan ^_^), takde gaduh-gaduh, hidup tenang je memikirkan masalah sendiri, takdelah berganda masalah, the most important, boleh kawan dengan mana-mana wanita tanpa dimarahi (hihihi). *banyak lagi advantage*

orang selalu cakap, kalau ada gf / bf, sekurang-kurangnya boleh lah luahkan pendapat, luahkan masalah. Ye ke? even malu nak luahkan dekat parent or siblings, dekat kawan takleh nak luahkan ke? gua rasa sesetengah kawan terdekat lagi understanding kot. Kalau-kalau laaa tengah berperang (bergaduh) dengan couple masing-masing (ada sampai nak gempa bumi dah berperang), kawan lah jgak yang dicari. Kawan lah jgak yang kita luahkan perasaan. Hmmmmmm. macam-macam.

Bagi gua, single memang best lah even terasa sunyi dalam certain time. sebab kalau rasa sunyi, memang ada rasa tercari-cari jodoh jgak, hahaha. Ah! mengada lah.

Still single :)

Hairstylist !

Kadang-kadang, baru je nak panjang tapi dah terpaksa potong.
baru je nak Korea, dah kena pendekkan.
full time student lah katakan.
tapi rambut pendek pon tetap style.
tribute untuk orang yang salah potong rambut gua masa kat salun tadi. Trimas!

Wednesday 6 July 2011

Bola bola bola

Perak vs Selangor
Stadium Ipoh

Kalau bukan kerana gua ada pendaftaran semester baru esok pagi, sekarang gua dah ada dekat depan pintu stadium Ipoh, tapi terpaksa batalkan hasrat untuk menyokong team feveret gua disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Memang terasa rugi tak dapat pergi memandang malam nih game terakhir untuk Liga Super sebelum menutup tirai musim 2011. Paling rugi, malam nih laa game penentuan antara Kelantan dan Selangor yang sama-sama nak kejar piala (Terengganu goodbye lah).

Member-member hooligans gua mungkin tengah berseronok dekat sana (Afiq,Najib dgn Haniff). Gua doakan korang selamat balik nanti dengan team kita, Selangor!

Yang penting, 23hb Julai. Trip to Singapore!
Singapura vs Malaysia
Stadium Jalan Besar

Afiq, Najib(capo), Haniff, Kulu, Keelay - Jom riot!

Viva Selangor!

Berasap lagi...

sejam tak dapat, biasa.
setengah hari tak dapat, tercari-cari.
sehari tak dapat terus jadi tak betul.
rokok rokok rokok.

Sekarang nih memang gua boleh dianggap perokok tegar (padahal sebelum nih memang kuat pon smoking). Mak gua selalu tegur, "kau hisap rokok sehari berapa banyak?". "Sekotak."
"Membazir! Baik kau simpan duit tu buat beli makan ke, beli benda lain yang berfaedah!"

kalau mak gua cakap camtu, memang ada rasa insaf sikit kat hati ni, tapi tu lah, sikit.. SIKIT! Kalau sikit tu paham-paham lah, sekejap je rasa insaf tu, pastu hilang ntah pegi mana.

Rokok 1 kotak rm 8.50. Kalau paru-paru gua nak rasa sedap sikit, beli Dunhill rm 10.
Jom belajar matematik jap, rm 10 x 7 hari (seminggu) = rm70
rm 70 x 4 (sebulan) = rm280
YEAH! Rokok gua sebulan rm280!!
Patut lah mak gua cakap beli benda lain yang berfaedah, hahahaha.

Tapi nak buat macam mana, perokok TEGAR!

Berasap lagi.........

Duit ?

Duit duit duit.

Cuti semester ni, memang duit gua keluar macam air. Keje tak, buat benda yang akan mendatangkan untung (duit) pun tak, tapi menghabiskan duit, memang tiap-tiap hari. Kalau kat rumah, orang tua-tua cakap, "menghabihkan boreh je".

Orang cakap, kalau duit takde, baik duduk umah diam-diam. Bak kata member-member gua lak, " baik mati kat umah", haha. Nasib lah masa semester lepas, gua dah spare duit loan sikit untuk cuti semester, kalau tak, gua pun mati kat umah.

Tapi semester baru dah nak bukak, duit yuran tak bayar lagi. Macam biasa, parent gua jadi mangsa, hahahaha.

Apa yang penting, simpan duit untuk kesenangan, dan paling penting. "takde lah mati kat umah, hahahaha"
Peace!



duit duit duit!

Tuesday 5 July 2011

Imsomnia!

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, ( banyak betul menjak ) start cuti semester selama 2 bulan setengah, boleh dikira guna jari kaki je berapa kali gua tido before twelve ( 12 am ), cehhh.. nak jgak ckp twelve! Taktau lah penyakit apa, imsomnia ke, apa ke, mata gua ni memang taknak ngantuk. ( tapi kalau ngantuk pun taknak tidur awal ). Memang gua selalu keluar hang out malam-malam, tapi kalau tak keluar malam pon, gua still tido lepas subuh, sama je.

Mama gua selalu membebel, "kau ni malam jaga, siang tido, dah terbalik dah, nak suruh beli barang dapur pon dah susah!" Tapi macam biasa lah jawapan, "cuti lah maa, nanti masuk belajar bertukar lah waktu tido nih, hahaha. Barang dapur suruh lah adik beli." Padahal adik gua pon kuat membuta jgak!

Bukan mama gua je, orang lain pon sama jgak, "kau ni buat apa malam-malam tak tido, giler ke?"
Rilex la, siang gua tido lah, malam gua berjaga sebab nak jaga kawasan kejiranan, maklumlah, sekarang banyak kes pecah rumah kat kawasan gua ni. ( merujuk kepada tempat tinggal gua, Bandar Tasik Puteri ). Sampai hari-hari polis buat roadblock sebab nak kawal kes pecah rumah. ( seminggu je, pastu polis semua lesap )

Lagi 2 hari je lagi, bak kata omputih, 2 days remaining. Pastu gua dah masuk belajar, bertukar lah balik waktu tido gua.Peace!

Waktu mengarang : 4.39am ( masih tidak tido lagi :) )

Monday 4 July 2011

Hari pendaftaran

Hujung bulan 4, hari-hari terakhir dekat rumah sewa. Lepas tu cuti semester 2 bulan setengah. Terlalu lama bila difikirkan balik, dah macam-macam prospek kerja berpusing-pusing kat kepala hotak aku ni. Kerja 2 bulan, dapat kumpul duit, dapat enjoyyyyyyy!

Sekarang, bulan 7, 3 hari lagi sebelum hari pendaftaran masuk semester baru. Pejam celik pejam celik, rupanya-rupanya dah 2 bulan setengah masa berlalu. Hahahahahaha, kelakar weyy... Cuti 2 bulan setengah yang sebelum ni rasa lama gila, macam-macam kerja nak buat, tapi hampeh! 1 pon takde. Cuma keluar jalan-jalan, tengok bola, habiskan beras kat rumah.

Tinggal keluarga, tinggal kawan, tinggal semua yang berada di KL. Aku akan pulang ke kampung Sabak Bernam. Lagi 1 sem je lagi, lepas tu habis. Belajar belajar belajar...

7hb Julai hari pendaftaran.

Isi masa lapang?

Sehari suntuk menghabiskan masa di depan laptop sampai ada yg tertanya-tanya, "kau ni asyik online je, buat apa?" Selalu sgt, tp jawapan yg biasa mereka perolehi, senang! "tak buat pape :)"

Hari demi hari, mcm ni la kehidupan. Keje malas, cuti semester selama 2 bulan stgh dihabiskan dgn melepak dan hang out dgn member2. Tp parent aku tak bising, sbb aku tak pernah mintak duit kat dorang. Ni baru sekali aku mintak nak bayar yuran pengajian.

Tiba-tiba malam tadi baru lah aku terfikir, apa kata aku tulis blog, even takde orang yang baca, sekurang-kurangnya aku ada jawapan pada soalan yang selalu aku dapat tadi.

So dgn ini, terjadilah rizwanrahman.blogspot.com

Sape yg dah jadi otai2 bloggers, minta diberi tunjuk ajar, jgn down kan aku lak.
Takde langsung rasa nak cari publisiti atau nak tiru sape2, tapi sekadar mengisi masa lapang dan mendapat jawapan pada soalan tadi. Peace!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...