Monday, 4 July 2011

Hari pendaftaran

Hujung bulan 4, hari-hari terakhir dekat rumah sewa. Lepas tu cuti semester 2 bulan setengah. Terlalu lama bila difikirkan balik, dah macam-macam prospek kerja berpusing-pusing kat kepala hotak aku ni. Kerja 2 bulan, dapat kumpul duit, dapat enjoyyyyyyy!

Sekarang, bulan 7, 3 hari lagi sebelum hari pendaftaran masuk semester baru. Pejam celik pejam celik, rupanya-rupanya dah 2 bulan setengah masa berlalu. Hahahahahaha, kelakar weyy... Cuti 2 bulan setengah yang sebelum ni rasa lama gila, macam-macam kerja nak buat, tapi hampeh! 1 pon takde. Cuma keluar jalan-jalan, tengok bola, habiskan beras kat rumah.

Tinggal keluarga, tinggal kawan, tinggal semua yang berada di KL. Aku akan pulang ke kampung Sabak Bernam. Lagi 1 sem je lagi, lepas tu habis. Belajar belajar belajar...

7hb Julai hari pendaftaran.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...